Televisyen atau televisi (TV)
ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan
untuk memancarkan dan menerima gambarbergerak, sama
ada monokrom ("hitam putih")
mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi.
"Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen, rancangan televisyen atau pancaran
televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan
perkataan tele (τῆλε,
"jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan")
dari bahasa Latin.
Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah
menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan
institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Sejak 1970-an, kemunculan pita video, cakera laser, DVD dan
kini Blu-ray juga menjadikan peti televisyen
sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.
Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain
seperti televisyen litar
tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang
berasaskan sistem penyiaran radio sedia
ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio
berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat
televisyen ke penerima TV.
Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran radio dalam
saluran-saluran yang ditetapkan dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz[1]. Isyarat TV juga kini dipancarkan
dengan bunyi stereo atau bunyi keliling di kebanyakan negara.
Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam
mahupun swasta kian beralih ke teknologi televisyen digital.
No comments:
Post a Comment